MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh! Salam Sejahtera!
SELOKA/PANTUN : MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH Oleh : Azhari(s)
Salam diucap pembuka kata, Senyum terukir manis bicara, Tangan dihulur menambah ceria, Bertanya khabar jalinan mesera.
Mujurlah usia masih dipanjang, Bersua lagi bertemu pandang, Di medan siber sama berperang, Menongkah arus badai gelombang.
Di depan jurang di belakang api, Di tengah-tengah diri dan hati, Berjuanglah terus jangan berhenti, Selagi hidup hingga kemati.
Membujur lalu melintang patah, Tekad dihati bulatlah sudah, Berjuang berjihad sebagai wadah, Hidup dan mati fi sabiliLah.
Dengan azam tinggi menggunung, Disokong oleh Mindarakyat dan Tranung, Cukuplah sudah waktu bermurung, Takkan selamanya kita berkurung.
Walaupun Laman Reformasi masih menyepi, Mahazalimtwo gagal memperbaiki, Akibat di "HACK" mereka yang dengki, Bersifat syaitan yang dilaknati.
Meskipun alasan telah diberi, Dijelaskan oleh WebMaster sendiri, Masih ada yang tak mengerti, Bersangka buruk menyakitkan hati.
Kepada mereka tak usahlah peduli, Hanya mementingkan diri sendiri, Tak ada langsung rasa simpati, Menuduh pula sesuka hati.
Memanglah begitu di dunia ini, Berbagai ragam maknusiawi, Ikutkan nafsu yang nafsi-nafsi, Hatinya dipenuhi hasad dan dengki.
Wahai pejuang agama dan bangsa, Ikhlas berjuang lilLahi ta'ala, Bukan kerana emas dan suasa, Jauh sekali kerana takhta.
Walaupun dah patah sayap yang ada, Bertongkatkan paruh diteruskan juga, Demi agama Islam yang tercinta, Hendak ditegakkan dalam negara.
Tiadalah lain prinsip kita, Dalam berjuang demi agama, Menang menegakkan agama mulia, Ataupun syahid memperjuangkannya.
Ditangan pisau keris dan tombak, Juga senjata yang boleh tembak, Didada gelora kian berombak, Diminda pula rencana berlambak.
Gabungkanlah segala nikmat kurnia, Yang telah diberi kepada kita, Akan terjana kekuatan raksaksa, Musuh melihat gerun jadinya.
Segala kekuatan yang kita ada, Cubalah kumpul tenaga waja, Lalu disatukan kesemuanya, Dalam BA partinya kita.
Tidak mustahil kan terlaksana, Logo dan "Front" persetujuan bersama, Menyatukan pembangkang dengan kukuhnya, Berjuang bersama menyelamatkan negara.
Elakkan segala perselisihan, Kalau ada segeralah selesaikan, Di dalam hati jangan pendamkan, Bawa berbincang tenang perasaan.
Kalau mendengar akan perkhabaran, Yang disampaikan oleh kagkawan, UMNO kini dalam perbalahan, Seribu retak tunggu dentuman.
Tiga "TEAM" dalam Pertubuhan, Kini kecoh saling bercakaran, Team PM(A) dikatakan menjadi sasaran, Team A(Anuar) dan B(Badawi) sebagai ancaman.
Kalau Team A dan B buat penggabungan, Kuat dalam segala tindakan, Lalu bergabung dengan KeADILan, Kononnya akan berlaku KEJUTAN.
PM mungkin berjaya disingkirkan, Dari kerusi yang empuk menawan, Mungkin jauh ia dihumbankan, DSAI kononnya akan diselamatkan.
Demikianlah desas-desus angin bertiup, Dari dalam kononnya tertutup, Tersebar juga setelah meletop, Keluar parti tak dapat dikatup.
Kalaulah benar cerita ini, Kita mendengar senanglah hati, Kejutan memang dinanti-nanti, Demi keADILan yang sejati.
Alang kepalang hendak bergabung, Team B dan A yang dulu bersabung, Dengan keADILan konon nak sambung, Bagus dengan BA duduk sebumbung.
Ha! kalau ramai duduk sebumbung, Kesemuanya hidup sekampong, Bukannya ulat dalam kepompong, Nilai dan kualiti tentu melambung.
Kalaulah ini boleh terjadi, Tentulah PM membunuh diri, Terjun dari menara tinggi, Takut dengan bebayang sendiri.
Ataupun pergi menghilangkan diri, Terbang jauh keluar negeri, Memandu sendiri Jet Peribadi, Hingga terlupa anak dan isteri.
Sebab dah tiada lagi keroni, Yang adapun tak boleh kompromi, Daim yang diam pun dah dimusuhi, Megat yang "GETEK" apatah lagi.
Sanusi pula dah pergi Tanjung, Tanjung Rambutanlah! dia melancung, Akibat termakan nasi bumbung, Perutnya kini dah jadi kembong.
Nak harapkan Isa Negeri Sembilan, Virus Nipah dan JE jangkitan, Bertambah katek kononnya badan, Bagaimana endak beri pertolongan?
Siapa lagi yang diharapkan ? Semuanya sudah disampuk setan, Wang rakyat dirembat bertan-tan, Dimurkai oleh semua Sultan.
Maknanya kroni semua lari, Tinggalkan negeri selamatkan diri, Sama macam ketuanya sendiri, Rasa tak selamat di dalam negeri.
Tapi kan ! bolehkan ini semua terjadi ? Maksud ana penggabungan ini, Kalau boleh jadi realiti, Tentulah terjadi kejadian tadi.
Team B(adawi) cubalah kaji, Team A(nuar) juga cubalah teliti, Manakala BA sedialah menanti, Moga permuafakatan Allah berkati.
Kalau kata sepakat sudah, Membujur lalu melintang patah, Badai dan arus sedia ditongkah, Ombak dan gelombang sanggup dibelah.
Bukit dan gunung pula ditarah, Hutan belukar juga diredah, Ribut dan taufan tidak diengah, Serahkan semua kepada Allah.
Setakat ini celoteh kita, Lain kali lagi berjumpa, Kalau elok boleh dicuba, Tak elok, jangan marah pula.
Izinkan saya mengundur diri, Waktu sudahpun dinihari, Jam satu lebih belum tidur lagi, Tak mengapa demi REFORMASI.
Bai-bai kepada semua pembaca, Salah silap maafkanlah saya, Inilah saja yang saya ada, Demi sumbangan lilLahi Ta'ala.
Sekian Terima(lah) Kasih,
Oleh : AZHARI(S) 14JUN2000RABU1:12AM
|